Thursday, December 22, 2011

Keistimewaan saf hadapan



Kita biasa melihat jemaah yang memenuhi saf depan ketika bersolat jemaah di masjid atau di surau, kebanyakannya terdiri daripada golongan warga emas. Kalau ada anak muda sekali pun, maka ia boleh dihitung dengan jari.
Yang muda, yang gagah bertenaga dan belia remaja santai lebih selesa bersolat di barisan saf belakang. Tahukah kita bahawa beruntungnya jika kita bersolat di saf paling hadapan kerana kita akan didoakan oleh malaikat dan mendapat ganjaran pahala besar di sisi Allah SWT.
Rasulullah SAW ada berpesan kepada kita semua: “Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat berselawat kepada orang yang berada di saf yang pertama.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban). Inilah bukti anjuran Islam dalam menggalakkan umat agar berebut untuk menunaikan solat di barisan pertama.

Kemudian Rasulullah SAW juga mengatakan bahawa jika manusia mengetahui fadilat bersolat di saf hadapan, nescaya mereka berebut-rebut untuk mendapatkan tempat. Sabda Nabi SAW yang bermaksud: “Seandainya manusia mengetahui keutamaan yang ada dalam azan dan saf pertama, kemudian untuk mendapatkan itu mereka harus mengundi, nescaya mereka akan mengundi untuk mendapatkannya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Jadi, seharusnyalah kita sebagai umat Islam bermotivasi untuk berada di saf depan ketika melaksanakan solat berjemaah. Sekarang marilah kita secara jujur meninjau keadaan di masjid dan surau ketika ini yang menunjukkan betapa ramai di kalangan kita sudah tidak menghiraukan akan pesanan Nabi kita agar mengambil peluang untuk berada di saf depan.
Dalam keadaan dewasa ini, kita terpaksa akui bahawa kebanyakan daripada kita sudah tidak mementingkan kelebihan berada di saf depan ketika menunaikan solat. Apa yang penting, asalkan solat berjemaah saja?
Marilah kita ghairah untuk merebut tempat di saf pertama setiap kali mendirikan solat berjemaah. Tanamkan azam yang mantap supaya kita tidak ketinggalan saf itu. Untuk menjayakan visi itu maka hendaklah kita segera ke masjid untuk solat berjemaah.
Marilah kita hayati peringatan Nabi SAW ini: “Sebaik-baik saf orang lelaki ialah yang pertamanya dan yang paling buruk ialah yang terakhir, dan saf wanita yang terbaik ialah yang terakhirnya dan yang paling buruk ialah yang paling hadapan.” (Hadis riwayaat Abu Daud, At-Tirmidzi).
Ini ada satu kisah bagaimana Nabi SAW mendidik sahabat dalam mengerjakan solat berjemaah. Daripada Sa’ed Al-Khudry R.A. bahawa Rasulullah SAW mendapati ada di kalangan sahabatnya melambat-lambatkan diri mereka untuk menyertai saf pertama, lantas Baginda SAW mengingatkan mereka:
“Ke hadapanlah kamu dan sempurnakanlah (saf) bersama denganku, akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan ke belakang (meninggalkan saf yang pertama) sehingga Allah akhirnya memasukkannya ke dalam neraka.” (hadis riwayat Muslim). Perhatikan baik-baik akan sabda Nabi SAW itu. “….akan datang selepas kamu satu kaum yang berterusan meninggalkan saf yang pertama…”. Mungkin kitalah kaum yang dikatakan Nabi SAW itu? Fikir dan renungkanlah.
Dalam sebuah hadis lain Nabi SAW ada mengatakan: “Hadirilah solat Jumaat, dan hampirilah imam kerana sesungguhnya seorang lelaki itu akan berterusan menjauhkan sehingga ia akan dilambatkan daripada memasuki syurga walaupun ia memasukinya.” (Hadis riwayat Imam Ahmad).
Sewajarnya pesanan Nabi SAW itu menjadi pedoman buat kita supaya tidak membiarkan diri memilih saf belakang untuk bersolat jemaah di masjid. Jangan biarkan diri kita berasa selesa dan seronok bersolat di saf belakang, sebaliknya mulalah memilih dan segera mara ke saf paling depan dan hampir dengan imam.
Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa solat berjemaah yang berkualiti ialah solat seseorang yang di saf paling hadapan. Inilah golongan yang didoakan malaikat dan mendapat jaminan ganjaran pahala yang besar di sisi Allah.

Monday, December 19, 2011

Suatau Penghinaan Terhadap Islam


satu penghinaan terang-terangan yang dibuat oleh musuh-musuh islam laknatullah....:


sejadah mempunyai unsur seks dan anjing

kalimah Allah ditulis pada bola

Perkataan Coca-Cola yg bermaksud
Tiada Muhammad, Tiada Mekahapabila diterbalikkan 

Poste coca-cola yang menghina masjid

Poster babi yg membaca Al-Quran dimana
badannya tertera perkataan muhammad

poster masjidl haram dilanggar kapal terbang

Satu iklan baju yang menghina islam

Salah satu restoran yang meng hina Islam 

Surah Al-Quran palsu yg direka oleh orang kafir.
Ini adalah satu daripada 4 surah palsu yang direka 

Loket yang ada perkataan Allah dan simbol Salib

Kasut Nike yang menghina Islam dengan tertulis perkataan Allah

Kasut Nike yang menghina Islam dengan tertulis perkataan Allah

Papan tanda yang ada logo arak diletakkan bersama bersama-sama

Al-Quran dikoyakkan. Satu penghinaan yang melampau

Al-Quran dikoyakkanSatu penghinaan yang melampau

Sebuah ‘Games’ yang menghina Islam
dengan kalimah Allah pada tempat rumah syaitan

Sunnah Nabi S.A.W dihina dan dipermain-mainkan

sejadah ada lambang salib

Rumah Allah dihina dengan memelihara anjing

Tayar kereta ditulis dengan perkataan Allah. Sungguh mengaibkan

Tayar kereta ditulis dengan perkataan Allah. Sungguh mengaibkan


RENUNGAN SEJENAK
Banyak lagi penghinaan yang dibuat oleh orang yahudi dan kristian terhadap agama islam sehinggakan saya sendiri tak sanggup untuk meletakannya dalam file ini.

Adakah kita harus berdiam diri diatas perbuatan mereka ini?

Sebagai umat Islam yang perihatin haruslah kita jauhkan daripada menggunakan barangan buatan mereka yang menghina ini.


Sila hantarkan fail ini kepada kawan-kawan semoga sama-sama mendapat iktibar

Tempahan Minyak Kasturi Hitam (TIAF)



Tempahan Minyak Kasturi Hitam (TIAF) P.PINANG
§   Antara khasiatnya:

§   Dalam ikhtiar mengelak / menangani sihir dan gangguan makhluk halus.
§   Menangani perihal anak yang bermasalah dari segi pembelajaran dan semangat.
§   Baik untuk pelajar, sebelum masuk kelas atau kuliah.
§   Merawat / mengelak penyakit angin ahmar.
§   Mengatasi masalah lesu dan cepat letih.
§   Dicampurkan ke dalam seberkas air dan percikkan sekeliling di dalam rumah dapat menghindari nyamuk nyata dan GHAIB, Insyallah.
§   Masalah pelupa.
§   Merawat penyakit asma.
8ml
Dan lain-lain lagi khasiat yang boleh anda rasai sendiri banyak lagi. Insyallah.

Minyak Attar Kasturi Hitam TIAF ini telah didoakan dengan:

1.                    Ruqyah Syariah
2.                    Hizib-hizib pilihan
3.                    Ayat 3
4.                    Ayat 5
5.                    Ayat 7
6.                    Ayat 33
7.                    Ayat-ayat Syifa
8.                    Ayat-ayat penerang hati
9.                    Ayat-ayat pelembut hati
10.                 Doa Nurun Nubuwah
11.                 Ayat-ayat Hifiz
12.                 Ruqyah Jibril
13.                 Gabungan 14 ayat-ayat Muqataat
Minyak ini merupakan pati asli tanpa campuran minyak lain/air. Hasil gabungan peraman buah kasturi yang menghasilkan minyak dan buntat kijang sebagai agen penyebar bau. Menurut satu riwayat bahawa, minyak kasturi hitam merupakan attar kegemaran Rasulullah SAW. Insyallah, semoga kita mendapat manfaat dari Sunnah junjungan kita.

HALAL, SUCIBERSIH boleh digunakan ketika solat.

ü  Cara Penggunaan:
ü  Bagi bayi/kanak-kanak disapukan di belakang telinga menjelang maghrib dan sebelum tidur.
ü  Bagi pesakit disapukan pada setiap sendi melintang & sedikit pada 7 anggota sujud sebelum tidur.
ü  Bagi pelajar, disapukan pada celah tangan lalu disedut harumannya sebanyak 3-7 kali sebelum masuk belajar/kuliah bagi kekuatan ingatan & kesegaran minda.
ü  Dititikkan beberapa titik (bilangan ganjil) ke dalam sebekas kecil air yang telah dipanaskan atau dijeram serta dihidu wapnya dengan nafas kiraan detik ganjil, bagi masalah migrain.
ü  Dititikkan kira-kira suku 1/4 botol ke dalam sebaldi air sejuk dan dijadikan bilasan mandi terakhir, bagi ikhtiar rawatan sihir dan gangguan jin, juga penyegar tubuh.

Kualiti Kasturi Hitam TIAF:
1. Dimasak dan diadun sendiri dalam Malaysia dengan bahan-bahan asli untuk kandungan produk.
2. Merupakan pati minyak bukannya minyak sahaja ( diuji dengan terbalikkan botol, lama          kelamaan akan meleleh )  
3. Telah didoakan dengan amalan-amalan, ayat-ayat dan doa-doa yang spesifik.
4. Pengeluaran yang terhad setiap 3 bulan dengan adab dan kaedah yang mengikut keilmuan ulama silam@tua dan ulama sufi.
Info tambahan mengenai fungsi Kasturi berdasarkan kitab-kitab:
Ø  Menguat, menenang dan meriangkan jiwa (hati)
Ø  Mencerdaskan akal dan menyihatkan otak
Ø  Menghilangkan ketakutan dan kebimbangan
Ø  Menghilangkan debaran jantung
Ø  Menghilangkan sesak nafas
Ø  Melegakan lelah (Asma)
Ø  Menyedarkan orang yang pengsan
Ø  Memperkuat organ dalaman
Ø  Menghilangkan gementar
Ø  Menghilangkan sejuk (Kasturi sifatnya panas)
Ø  Membuang angin yang berlebihan dalam tubuh
Ø  Menawarkan racun dan bisa binatang
Ø  Menjernihkan mata putih (menitiskan kastri ke dalam mata dapat menjernihkan warna putihnya serta dapat mengeringkan cair-cairan lembapnya)
Ø  Melanjutkan usia (mencium dan meminum badan dan dapat mempertahankan kemudaannya (awet muda) serta dapat memanjangkan usia, dengan izin Allah)
InsyaAllah, segalanya datang dari ALLAH. Kita hanya berikhtiar. Allahua'lam…..

Harga Sebotol: RM30 
(tidak termasuk kos penghantaran pos laju)

Dapatkan produk ini dengan menghubungi di talian:

013-4874095 (Luqman)
                                              (Pulau Pinang sahaja)                                                   
Emelkan kepada: luqman.musliman@gmail.com
Penegeluaran terhad….!!!!!

Biodata Junjungan Besar Nabi Muhammad SAW.

BIODATA RASULULLAH SAW
· Nama : Muhammad bin Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Tarikh lahir : Subuh hari Isnin, 12 Rabiulawal bersamaan 20 April 571
Masehi (dikenali sebagai Tahun Gajah; sempena peristiwa tentera bergajah
Abrahah yang menyerang kota Kaabah).
· Tempat lahir : Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah.
· Nama bapa : Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hashim.
· Nama ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf.
· Pengasuh pertama : Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba
perempuan bapa Rasulullah SAW).
· Ibu susu pertama : Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab).
· Ibu susu kedua : Halimah binti Abu Zuaib As-Saadiah (lebih dikenali
Halimah As-Saadiah. Suaminya bernama Abu Kabsyah).

USIA 5 TAHUN
· Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat
untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalam hatinya.

USIA 6 TAHUN
· Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa '
(sebuah kampung yang terletak di antara Makkah dan Madinah).
· Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
dan dibiayai oleh datuknya Abdul Muttalib.

USIA 8 TAHUN
· Datuknya, Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
· Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.

USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun).

· Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan
perniagaan..
· Di kota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira
(Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang
pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa
itu.

USIA 20 TAHUN
· Terlibat dalam peperangan Fijar . Ibnu Hisyam di dalam kitab ' Sirah ' ,
jilid1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah
14 atau 15 tahun. Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan
berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
· Menyaksikan ' perjanjian Al-Fudhul ' ; perjanjian damai untuk memberi
pertolongan kepada orang yang dizalimi di Makkah.

USIA 25 TAHUN

· Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah
binti Khuwailid Al-Asadiyah.
· Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah.
· Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya
yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk
meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
· Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.

USIA 35 TAHUN
· Banjir besar melanda Makkah dan meruntuhkan dinding Kaabah.
· Pembinaan semula Kaabah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk
Makkah.
· Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ' Hajarul-Aswad ' ke
tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan
batu tersebut.

USIA 40 TAHUN
· Menerima wahyu di gua Hira ' sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul
akhir zaman.

USIA 53 TAHUN
· Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemani oleh Saidina Abu Bakar
Al-Siddiq.
· Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622 M.

USIA 63 TAHUN
· Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12
Rabiulawal tahun 11Hijrah/ 8 Jun 632 Masihi.

ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW
§ Khadijah Binti Khuwailid.
§ Saudah Binti Zam'ah.
§ Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar).
§ Hafsah binti ' Umar (anak Saidina ' Umar bin Al-Khattab).
§ Ummi Habibah Binti Abu Sufyan.
§ Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah).
§ Zainab Binti Jahsy.
§ Maimunah Binti Harith.
§ Safiyah Binti Huyai bin Akhtab.
§ Zainab Binti Khuzaimah (digelar ' Ummu Al-Masakin ' ; Ibu Orang Miskin).

ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

1. Qasim
2. Abdullah
3.. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra '

ANAK TIRI RASULULLAH SAW
Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina
Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah,
Khadijah adalah seorang janda).


IBU SUSUAN/SAUDARA SUSUAN
1. Thuwaibah 1. Hamzah
2. Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad


SAUDARA SUSUAN
1. Halimah Al-Saidiyyah 1. Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib
2. Abdullah bin Harith bin Abdul ' Uzza
3. Syaima ' binti Harith bin Abdul ' Uzza
4. ' Aisyah binti Harith bin abdul ' Uzza


BAPA DAN IBU SAUDARA RASULULLAH SAW
(ANAK-ANAK KEPADA ABDUL MUTTALIB)
1. Al-Harith
2. Muqawwam
3. Zubair
4. Hamzah ***
5. Al-Abbas ***
6. Abu Talib
7. Abu Lahab (nama asalnya Abdul Uzza)
8. Abdul Ka ' bah
9. Hijl
10. Dhirar
11. Umaimah
12. Al-Bidha (Ummu Hakim)
13. Atiqah ##
14. Arwa ##
15. Umaimah
16. Barrah
17. Safiyah (ibu kepada Zubair Al-Awwam) ***

*** Sempat masuk Islam.
## Ulama berselisih pendapat tentang Islamnya.


Sabda Rasulullah SAW:
"Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai
aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam
syurga." (Riwayat Al-Sajary daripada Anas )


اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم


Nabi Muhammad SAW - Manusia agong


KENALI NABI MUHAMMAD S.A.W. SECARA LAHIRIAH.


Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang
pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman
dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.


Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:


- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah saw..
- Aku melihat cahaya dari lidahnya.
- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah-olah kamu melihat matahari
terbit.
- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.
- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.
- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.
- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya spt bulan purnama.
- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.
- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.
- Wajahnya seperti bulan purnama.
- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya.
- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata baginda hitam dengan bulu mata yang panjang.
- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli
di bahagian sudut..
- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali
pertama kali melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas dan cantik..
- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.
- Janggutnya penuh dan tebal menawan.
- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca..
- Warna lehernya putih seperti perak, sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.
- Rambutnya sedikit ikal.
- Rambutnya tebal kdg-kdg menyentuh pangkal telinga dan kdg-kdg mencecah
bahu tapi disisir rapi.
- Rambutnya terbelah di tengah.
- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur
dari dada ke pusat.
- Dadanya bidang dan selaras dgn perut. Luas bidang antara kedua bahunya
lebih drpd biasa.
- Seimbang antara kedua bahunya.
- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar
dan tersusun dgn cantik.
- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.
- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
- Kakinya berisi, tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.
- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih spt kapur atau coklat tapi campuran coklat dan
putih.
- Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.
- Warna kulitnya putih tapi sihat.
- Kulitnya putih lagi bercahaya.
- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh.
- Badannya tidak gemuk.
- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran
sederhana lagi kacak.
- Perutnya tidak buncit.
- Badannya cenderung kepada tinggi, semasa berada di kalangan org ramai
baginda kelihatan lebih tinggi drpd mereka.

KESIMPULANNYA :
Nabi Muhammad sa.w adalah manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh
sepanjang zaman.
Baginda adalah semulia-mulia insan di dunia.

Sunday, December 11, 2011

Muhasabah diri







Muhasabah diri kita sekarang


Tahukah anda jumlah sebenar SAAt,minit dan JAm yang ALlah berikan kepad kita dalam sehari semalam?

  1. 86,400 saat
  2. 1,400 minit
  3. 24 jam
Bagaimana pula setahun?

  1. 31,53600 saat
  2. 525,600 minit
  3. 8760 jam
  4. 365 hari
  5. 12 bulan

Jika kita kil baligh pada usia 13 tahun dan meninggal dunia pada usia 63 thn, bermakna 50 tahun kita diberi peluang untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Tahukah anda jumlah MASA sebenar yang Allah telah berikan kepada kita selama 50 tahun?

  1. 1,576800,000 saat
  2. 26,280,00 minit
  3. 438,000 jam
  4. 18,250 hari
  5. 600 bulan
Persoalannya, dimanakah kita habiskan sisa usia kita selam ini? tepuk dada tanya iman.

Tidur : 6 tahun, 9 bulan & 20 jam (jika 6 jam sehari)
Makan : 2 tahun,17 bulan, 20 hari (jika 1 jam sehrai)
Dalam kereta : 2 tahun, 2 bulan (jika 2 jam sehrai)
Luang masa : 6 tahun, 2 bulan (jika 2 jam sehari)
Kerja : 14 tahun, 6 bulan, 25 hari (jika 7 ja sehari)


Tahukah anda, soalan yang pertama yang akan ditanya ALLAH ialah berkaitan SOLAT.
Siri 2 kali ini kita sama-sama muhasabah solat kita dihadapan AllAh.

Soalan pertama yang perlu kita tanya, berapa lama kita mengambil masa untuk melaksanakan keseluruhan solat fardu dalam masa sehari ?

Jika kita bhagikan peruntukan hanya sekitar 5 minit untuk 1 solat faru, bermakna dalam sehari hanya 30 minit=1,800 saat (termasuk doa ringkas yang kita baca lepas solat).

Mari kita kira jumlah keseluruhan alam setahun :

  1. 30 minit x 365 hari = 657,000 saat/ 10,950 minit / 182 jam 50 minit / 7 hari 14 jam 50 minit

Bermakna, jika seorang yang capai usia akil baligh pada umur 13 tahun dan meninggal dunia pada usia 14 tahun, dalam 365 hari yang diberikan ALLAH , dia melaksanakan solat hanya 7hari 14 jam 50 minit.

Mari kita kira jumlah keseluruhan dalam 50 tahun :

  1. 30 minit x 18,250 hari = 32,850,000 saat / 547,500 minit / 9,120 jam / 380 hari / 1 tahun 15 hari
Seorang manusia yang akil baligh pada usia 13 tahun dan meninggal uni pada usia 63 thn, dalam 18,250 hari yang ALLAH berikan, kita melaksanakan solat hanya 380 hari !!!

Jumlah tersebut belum lagi ditolak wudhuk yang tidak sempurna, alfatihah yang tidak betul , solat yang tidak khusuk sehingga menyebabkan pahala solat berkurangan atau mungkin membawa kepada batal solat.

Jadi, berapa sebernarnya JUMLAH BERSIH ibadah kita solat kita pada ALLAH..?